Duriyan.com - durian is king of fruit
Home

Jan 18

Abu Bakar as-Siddiq ialah khalifah  pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar  yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Semoga pembaca menjadi golongan yang baik.

Terus ke syurga kerana mati hanya sekali akhirat kekal selamanya. - Yan


Read more     No Comments

Dec 09

Tuhan telah mencipta manusia.

Maka manusia akan hidup di bumi dan alam juga hidup.

Manusia jika dilihat sama sahaja seperti haiwan.

Haiwan apa?

Monyet, beruk dan chipanzi.

Tetapi manusia ada akal fikiran.

Manusia yang tidak ikut hukum alam pasti mati.

Virus  sudah membunuh kerana hukum alam.

Tiada virus yang boleh mengatakan awak selamat kecuali dengan izin Allah SWT.

Dahulu perang Bio dianggap sebagai satu yang bukan penyebab punca kematian.

Akhirnya wujud BOM bio. Maka ada kala orang yang guna BOM bio semata-mata untuk

berperang…

Akhirnya mati kerana hukum alam… Alam menghukum sesiapa yang dikehendakinya.

Tuhan pasti menghukum kiamat kelak.

Hukuman tuhan amat dahsyat.

Bila Allah SWT hendak menghukum kata seseorang yang dalam kesakitan. Ini kerana menegakkan nama Allah SWT sebagai tuhan.

Kuasa yang ada disalahguna. Akhirnya tuhan menghukum pada mereka yang salahguna kuasa.

Orang-orang yang menang kerana mati - mereka tetap hidup kata Rasullullah SWT. Ketika ramai yang terkorban dalam peperangan.

Allah SWT tetap tuhan. Tiada yang mengatakan ia tuhan sebab ia baru diciptakan.

Tuhan itu baik. Wali tuhan itu juga baik. Orang-orang alim juga baik.

Siapa orang jahat?

Ya, orang yang jahat orang yang tidak ikut hukum baik.

Ikut hukum orang jahat. Maka semuanya jadi orang-orang yang jahat.

Awak tidak takut mati?

Bila-bila boleh mati.

Ingat umur pangjang… maka hitungan amalnya sukar. Neraka tempatnya.

Dosa-dosa pasti menghantui tetapi kerana ingat masih ada nyawa tetap aja buat dosa.

Hukum alam menghukum sesiapa sahaja yang buat dosa.

Kerana dosa itu dipandang jahat bukan sahaja pada manusia tetapi pada tuhan.

Sehingga wujud syurga dan neraka.

Sehingga sampai satu waktu ahli neraka dan ahli syurga dipisahkan.

Assalamulaikum… semoga tahu hidup ini ujian buat seseorang bukan main-main seperti yang disangka.

————————

Tags:


Read more     No Comments

Nov 03

————————————————
Kenapa manusia mati? Siapa yang memakan manusia?
————————————————

Siapa yang memakan manusia? BINATANG BUAS.

Manusia hidup dalam eko sistem alam. Manusia memerlukan makanan untuk
membiak. Oleh yang demikian makanan manusia terdiri dari hidupan juga.

Kitaran ——–> Manusia makan ——> hidupan ——–> makan manusia ——–> kitaran

Siapa percaya bahawa manusia dimakan oleh binatang buas yang lapar?
Semata-mata untuk menjadikan binatang buas dan liar ini kenyang.

Jadi manusia mati kerana dimakan oleh binatang buas tersebut.

Siapakah binatang buas tersebut?

Hidupan seperti haiwan memakan bakteria, tumbuhan, haiwan dan manusia.

Oleh itu, manusia mati kerana dimakan oleh hidupan adalah satu kepercayaan yang benar.

Manusia yang mati kerana sekecil kuman bakteria dan sebesar ikan paus dan segala jenis yang mematikan

sebenarnya dengan liar dan buasnya memakan daging manusia itu sendiri.

Manusia yang tidak dapat memikirkan perkara ini telah menyebabkan pemakan manusia
berleluasa dan akhirnya manusia mati.

Oleh kerana manusia mengikut hukum alam. Manusia hanya sebahagian dari alam.
Satu hari pasti manusia dimakan oleh BINATANG BUAS tersebut.

Jika anda ada sifat seperti ingin memakan daging manusia maka fikirkan.
Disatu tempat ada hidupan yang memakan daging kita sebagai manusia.

Hidupan tersebut seperti manusia juga. Selepas makan ia berasa kenyang. Selepas
itu hidupan tersebut perlu mencari makanan lagi.

Satu kajian perlu dijalankan supaya manusia lebih berhati-hati supaya manusia
tidak dimakan oleh hidupan yang lain.

Hidupan dibumi tidak makan manusia adalah salah. Kerana kuman dengan kenyangnya memakan
manusia. Hidupan dari planet lain mungkin sudah tangkap dan makan manusia.

Oleh itu manusia perlukan segala macam yang menjadikan manusia tidak mati kerana dimakan
oleh hidupan buas.

Manusia dimakan dengan kejinya oleh BINATANG BUAS tanpa disedari. Ada juga dikalangan manusia yang
keji telah makan manusia lain secara BUAS dan keji.

Ikhlas dari Penulis buku perjuangan manusia untuk masa depan

Tags:


Read more     No Comments

Oct 24

Baca bahagian 1

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar - Bahagian 2

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka

mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah

Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”

Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di

mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali

di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah

umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut

akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan

dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku

akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka!

Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari

ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata:

“Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di

hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan

mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.

Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari

makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula

beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.

Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi

Ibrahim as.

Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku

tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik

lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Isa as

datang di dalam keadaan menangis.

Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku. Penguasaku. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari

kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga,

neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,

bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya

sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya:

“Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka

berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”

Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala

makhluk.” I

bnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang

panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW

lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk

memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.


Read more     1 Comment

Oct 24

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar - Bahagian 1

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang

tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang

pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua

akan berkata:

“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta

dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang

kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian

syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala

lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada

seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan

kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.

Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di

tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak

melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana

perjanjian mereka?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya

akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan

pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.

Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan

kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.

Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada

Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya

lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.

Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur,

tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas,

dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada

beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.

Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air

mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian

tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah

golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah

hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan

ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan

mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka

berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah

mereka.

Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah

Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril

as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita

demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai

Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala

muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.

Bersambung…

Bahagian 2


Read more     1 Comment

Oct 03

Baca balik cerita ini pasti tidak rugi. Ingat orang yang tersayang… supaya mereka masuk syurga bersama-sama.
———————————————————–
Cerita kubur ke syurga - Kata-kata seorang ahli syurga
———————————————————–

Pada suatu masa pasti tertanya bagaimana selepas kita masuk ke alam kubur?

Seorang ahli kubur berkata bahawa selepas meninggal dunia dia telah masuk ke dalam kubur.
Selepas di dalam kubur dia kembali sedar dan melihat alam lain iaitu kubur.

Ahli syurga mengatakan bahawa dia tidak lagi ingin kembali ke dunia kerana perasaan
untuk kembali ke dunia tidak ada.

Di dalam kubur diceritakan bahawa ahli syurga ini diberikan kitabnya iaitu dilihatkan
apa yang telah dilakukan di dunia. Baik ataupun buruk. Selepas dia menerima kitabnya.
Malaikat meletakkan kitab di dadanya.

Apakah kitab tersebut?
Kebaikan yang telah dibuat dan kejahatan.

Kitab tersebut mempunyai banyak kejahatan sedikit kebaikan. Tetapi kebaikan
yang telah dibuat menanyakan dia bahawa adakah benar dia telah buat kebaikan ini?

Jawapan ahli syurga itu. Ya.

Kebaikan ahli syurga ini tidaklah banyak tetapi dia telah dimasukkan kedalam syurga
biasa sahaja.

Perjalanan ke syurga adalah selepas kitab tersebut dilihatkan. Masanya tidaklah boleh dihitung
kerana ahli syurga tersebut mengatakan tidak ada penghitung melainkan melalui jalannya sahaja.

Ahli syurga ini menceritakan bahawa di dalam syurga ada tingkatan. Jika banyak
kebajikan maka banyak tingkatan. Syurga yang didiami oleh ahli syurga ini menjadikan
kenikmatan dalam dunia dia rasakan. Jika tingkat lebih tinggi maka lebih banyak
nikmat.

Syurga tidak ada gelap. Siang dan cahaya menyinari syurga. Kerana sudah diceritakan
Nabi bahawa kegelapan suatu yang sesat. Cahaya menerangi kegelapan memberikan jalan
yang benar.

Syurga adalah luas jika hendak pergi ke melawat tempat-tempatnya tidaklah habis.
Sebab terlalu luas. Dalam syurga ada kenderaan yang laju tetapi tidak juga
habis untuk melawat semua tempat.

Dalam syurga ada juga penduduk bumi yang dia kenal tetapi hanya mereka buat kerja masing-masing.
Ahli syurga ini bersama kaum keluarganya dahulu yang masuk syurga. Tetapi dia hanya
bersama isterinya sahaja. Kerana yang lain tidak dihiraukan.

———————————————————–
Oleh kerana pembaca ingin mengetahui bagaimana alam kubur.
Maka ini adalah cerita kubur ke syurga.
———————————————————–


Read more     No Comments

Oct 03

Saya baca Al-Quran. Dengan kesempatan ini boleh di baca semoga mendapat apa tujuan hidup.

Bumi (sementara) -> Alam kubur -> Alam Akhirat -> Neraka atau Syurga

Surat Al-an’aam
Ayat 6

Tidakkah mereka ketahui berapa banyaknya umat yang telah kami binasakan sebelum mereka.
Kami senangkan mereka di bumi dengan kesenangan yang belum pernah kami berikan kepadamu
dan kami turunkan hujan yang lebat atas mereka dan kami ada sungai yang mengalir di bawah mereka,
kemudian kami binasakan mereka, kerana dosa mereka sendiri, dan kami jadikan mereka umat yang lain.

-Manusia dijadikan Allah supaya mereka hidup.

-Nikmat kesenangan di muka bumi adalah sedikit berbanding di syurga.

-Sungai di bumi hanyalah satu ciptaan di mana dalam syurga ada juga ciptaan seperti sungai.

Di syurga ibaratnya lebih lama dari bumi. Sebab dalam hadis ada menyebut ada satu pokok
yang boleh dilalui dengan menunggang kuda selama 100 tahun untuk melepasinya.
Maka berapa lama dalam bumi hanya sebentar berbanding syurga.

Jika dibumi ada pokok sebesar itu maka ia mungkin hidup beratus tahun.
Akhir zaman dengan kemajuan manusia akan mencapainya seperti diceritakan oleh
hadis nabi.

Oleh itu, segala yang berlaku sekarang hanya kemajuan dalam bidang manusia.
Tetapi manusia tetap akur bahawa dunia ini hanya ciptaan Allah SWT.

Lihat sahaja agama terbesar juga terdiri dari tuhan Allah SWT. Namanya tetap sama
diberitakan kepada umat nabi-nabi terdahulu.

———————–
Ayat 7

Kalau kami turunkan pada engkau kitab dikertas, sehingga mereka pegang dengan tangan mereka sendiri,
niscaya orang-orang kafir berkata:Ini tidak lain, hanya sihir yang terang.

Ayat 8
Mereka berkata:Mengapakah tidak diturunkan bersamanya(Muhammad) seorang malaikat?
Kalau kami turunkan seorang malaikat, niscaya dibacakanlah mereka itu dan tiadalah mereka
diberi tempoh.
———————–

Allah sudah wujud dan kewujudan Allah tidaklah menghendaki kepada makhluk.
Makhluk diciptakan berlainan dari Allah. Di mana tiada satu makhluk yang sama dengan Allah SWT.

Tiada satu makhluk yang boleh menjadi tuhan kerana makhluk tidak mempengaruhi Allah SWT.
Oleh itu, manusia bersifat khalifah sahaja. Tidak pula menjadi tuhan.

Akhirnya semua ciptaan akan hancur binasa sehingga hari akhirat. Di mana semua manusia
dibangkitkan kembali.


Read more     No Comments

Sep 27

Bangun pagi, jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Oh aku harus bangun. Hari ini ada tugas untuk aku bersihkan diri dan membuat sesuatu. Hidup ini adalah

sebuah penciptaan. Oleh itu aku mesti menjadi inventor yang baik. Mencipta sesuatu yang baru.

Idea untuk bersama-sama kawan-kawan yang ingin menuju kejayaan telah ada dalam fikiranku. Akhirnya aku terus sahaja memikirkan. Alangkah baiknya aku

sebelum ini kerana aku baru tersedar setelah lama aku menjadi seorang yang tidak pendai untuk membuat kerja dengan baik akhirnya usaha aku membuahkan hasil.

Jika ingin menjadi kawan-kawan yang ingin menuju kejayaan perlulah membaca buku yang aku tulis dan turut serta dalam sebuah komuniti yang akan aku buat kelak. Tentu ramai yang ingin berjaya.

Bila agaknya buku ingin siap dan komuniti yang ramai wujud. Pasti aku akan bercerita tentang kejayaan aku.

Aku sudah berjaya kecil. Aku ada kawan dan sebuah masyarakat yang ingin berjaya.

Aku berjaya tulis sedikit nota untuk mengingatkan apa yang akan aku buat di masa depan.

Aku berjaya meluangkan masa untuk membina peluang kepada diri dan orang lain.

Kawan dalam perjalanan menuju kejayaan. - Yan
Aku akan terangkan siapa diri aku. Tetapi yang lebih penting kita bersama melihat ada kejayaan di masa depan.

Tulis sahaja apa kejayaan yang anda rasakan perlu walau ianya kecil. Supaya yang kecil akan jadi besar…

Tags:


Read more     No Comments

Aug 19

Jul 30

Al-Hajj

Ayat 73
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).

Ayat 74
Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkanNya); sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Ayat 75
Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat 76
Ia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka; dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan.

Ayat 77
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Ayat 78
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.


Read more     No Comments