Posts Tagged ‘Jalan menuju ke Syurga’

Jalan menuju ke Syurga - bahagian 1

Monday, March 8th, 2010

Jalan menuju ke Syurga - bahagian 1

————————-

Kepercayaan seseorang adalah berbeza-beza.
Betulkan kepercayaan baru syurga diketahui.

Percaya pada Allah SWT dan nabinya.

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT.

Dengan lafaz Allah maha pengasih dan penyayang.
————————-

Allah SWT yang menciptakan syurga.

Syurga tersebut berada di atas langit yang tinggi.

Untuk manusia pergi ke sana perlu sabar dengan ujian Allah SWT.

Manusia diuji oleh Allah SWT melalui larangan dan suruhannya.

Surah Al- Baqarah
Ayat 213
Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang

yang ingkar dengan balasan azab neraka);

………..

Cerita tentang syurga dari Al-Quran.

Surah Al- Baqarah

Ayat 25

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;

tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan

mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri

yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Ayat 35

Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan

janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.

Ayat 38
Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang

diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan

mereka pula tidak akan berdukacita”.

Ayat 82
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

Ayat 94

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): “Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh

dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-

orang yang benar”.

Ayat 111

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian

itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan

itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

Ayat 214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang

yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),

sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah

itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

………..
Jalan menuju ke Syurga - bahagian 1

oleh Yan

Yan : Semoga hari demi hari menemui makna yang Allah SWT berikan.

Yan : Perhatikan ciptaan Allah SWT dan jadilah orang-orang yang soleh dan tidak sesat.