Kawan dalam perjalanan menuju kejayaan
Sunday, September 27th, 2009Bangun pagi, jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Oh aku harus bangun. Hari ini ada tugas untuk aku bersihkan diri dan membuat sesuatu. Hidup ini adalah
sebuah penciptaan. Oleh itu aku mesti menjadi inventor yang baik. Mencipta sesuatu yang baru.
Idea untuk bersama-sama kawan-kawan yang ingin menuju kejayaan telah ada dalam fikiranku. Akhirnya aku terus sahaja memikirkan. Alangkah baiknya aku
sebelum ini kerana aku baru tersedar setelah lama aku menjadi seorang yang tidak pendai untuk membuat kerja dengan baik akhirnya usaha aku membuahkan hasil.
Jika ingin menjadi kawan-kawan yang ingin menuju kejayaan perlulah membaca buku yang aku tulis dan turut serta dalam sebuah komuniti yang akan aku buat kelak. Tentu ramai yang ingin berjaya.
Bila agaknya buku ingin siap dan komuniti yang ramai wujud. Pasti aku akan bercerita tentang kejayaan aku.
Aku sudah berjaya kecil. Aku ada kawan dan sebuah masyarakat yang ingin berjaya.
Aku berjaya tulis sedikit nota untuk mengingatkan apa yang akan aku buat di masa depan.
Aku berjaya meluangkan masa untuk membina peluang kepada diri dan orang lain.
Kawan dalam perjalanan menuju kejayaan. - Yan
Aku akan terangkan siapa diri aku. Tetapi yang lebih penting kita bersama melihat ada kejayaan di masa depan.
Tulis sahaja apa kejayaan yang anda rasakan perlu walau ianya kecil. Supaya yang kecil akan jadi besar…