Seorang tukang kayu
Ayat 1
Alif, Laam, Miim.
Ayat 2
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
Ayat 3
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
Ayat 4
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
Beliau ialah Luqman ibn Anqa’ ibn Saduun. Ada yang menyebut Luqman Ibn Tharan. Al-Suhailiy ada menceritakan tentang Luqman melalui ibn Jarir dan al-Qutaybiy. Menurut al-Suhailiy, Luqman merupakan wakil rakyat bagi penduduk-penduduk Aylah. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa beliau ialah seorang qadi pada zaman Nabi Dawud a.s. Al-Abbas berkata bahawa beliau seorang hamba berbangsa Habsyi yang bekerja sebagai tukang kayu.
Beliau merupakan seorang lelaki yang soleh, yang gemar beribadah dan memiliki hikmat-hikmat yang besar. Sehinggakan nama Luqman disebut dalam surah Al-Quran.
——————
Luqman al-Hakim(Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh(Azar), oleh itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.
Luqman di katakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan. Dia pernah menjadi kadi yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
——————
Yan : Mari bersama-sama kita lihat kehidupan sebagai gembala kambing Nabi Muhammad SAW dan banyak yang lain hanya hamba Allah SWT yang soleh.
Yan : pernah suatu ketika aku tidak berasa tenteram. Tetapi aku terus berdoa dan sujud dengan mengatakan bahawa aku hanya seorang hamba Allah SWT. Kemudian aku boleh menjadi lebih kuat lagi.
Yan : Cuba amalkan dengan merasa diri kita adalah hamba Allah SWT yang hina didepan Allah SWT pasti awak tidak akan kecewa dengan keajaiban dari Allah SWT.
Mari sama-sama kita lihat ramai mereka yang soleh telah wujud sejak zaman Nabi Adam lagi.
Semoga kita lebih bijaksana dari hari ini dan hari akhirat pasti tiada penghujung hidup kita.
Wallahualam bi shawab