Archive for October, 2009

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar - Bahagian 2

Saturday, October 24th, 2009

Baca bahagian 1

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar - Bahagian 2

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka

mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah

Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”

Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di

mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali

di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah

umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut

akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan

dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku

akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka!

Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari

ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata:

“Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di

hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan

mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.

Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari

makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula

beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.

Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi

Ibrahim as.

Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku

tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik

lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!” Isa as

datang di dalam keadaan menangis.

Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku. Penguasaku. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari

kacau bilau Jahanam!” Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga,

neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,

bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya

sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya:

“Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka

berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”

Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala

makhluk.” I

bnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang

panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW

lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk

memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar - Bahagian 1

Saturday, October 24th, 2009

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar - Bahagian 1

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang

tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang

pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua

akan berkata:

“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta

dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang

kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian

syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala

lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada

seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan

kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.

Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di

tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak

melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana

perjanjian mereka?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya

akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan

pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.

Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan

kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.

Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada

Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.” Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya

lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.

Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur,

tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas,

dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa. Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada

beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.

Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air

mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian

tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah

golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah

hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan

ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan

mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka

berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah

mereka.

Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah

Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril

as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita

demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai

Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala

muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.

Bersambung…

Bahagian 2

Cerita kubur ke syurga - Kata-kata seorang ahli syurga

Saturday, October 3rd, 2009

Baca balik cerita ini pasti tidak rugi. Ingat orang yang tersayang… supaya mereka masuk syurga bersama-sama.
———————————————————–
Cerita kubur ke syurga - Kata-kata seorang ahli syurga
———————————————————–

Pada suatu masa pasti tertanya bagaimana selepas kita masuk ke alam kubur?

Seorang ahli kubur berkata bahawa selepas meninggal dunia dia telah masuk ke dalam kubur.
Selepas di dalam kubur dia kembali sedar dan melihat alam lain iaitu kubur.

Ahli syurga mengatakan bahawa dia tidak lagi ingin kembali ke dunia kerana perasaan
untuk kembali ke dunia tidak ada.

Di dalam kubur diceritakan bahawa ahli syurga ini diberikan kitabnya iaitu dilihatkan
apa yang telah dilakukan di dunia. Baik ataupun buruk. Selepas dia menerima kitabnya.
Malaikat meletakkan kitab di dadanya.

Apakah kitab tersebut?
Kebaikan yang telah dibuat dan kejahatan.

Kitab tersebut mempunyai banyak kejahatan sedikit kebaikan. Tetapi kebaikan
yang telah dibuat menanyakan dia bahawa adakah benar dia telah buat kebaikan ini?

Jawapan ahli syurga itu. Ya.

Kebaikan ahli syurga ini tidaklah banyak tetapi dia telah dimasukkan kedalam syurga
biasa sahaja.

Perjalanan ke syurga adalah selepas kitab tersebut dilihatkan. Masanya tidaklah boleh dihitung
kerana ahli syurga tersebut mengatakan tidak ada penghitung melainkan melalui jalannya sahaja.

Ahli syurga ini menceritakan bahawa di dalam syurga ada tingkatan. Jika banyak
kebajikan maka banyak tingkatan. Syurga yang didiami oleh ahli syurga ini menjadikan
kenikmatan dalam dunia dia rasakan. Jika tingkat lebih tinggi maka lebih banyak
nikmat.

Syurga tidak ada gelap. Siang dan cahaya menyinari syurga. Kerana sudah diceritakan
Nabi bahawa kegelapan suatu yang sesat. Cahaya menerangi kegelapan memberikan jalan
yang benar.

Syurga adalah luas jika hendak pergi ke melawat tempat-tempatnya tidaklah habis.
Sebab terlalu luas. Dalam syurga ada kenderaan yang laju tetapi tidak juga
habis untuk melawat semua tempat.

Dalam syurga ada juga penduduk bumi yang dia kenal tetapi hanya mereka buat kerja masing-masing.
Ahli syurga ini bersama kaum keluarganya dahulu yang masuk syurga. Tetapi dia hanya
bersama isterinya sahaja. Kerana yang lain tidak dihiraukan.

———————————————————–
Oleh kerana pembaca ingin mengetahui bagaimana alam kubur.
Maka ini adalah cerita kubur ke syurga.
———————————————————–

Tujuan manusia di muka bumi

Saturday, October 3rd, 2009

Saya baca Al-Quran. Dengan kesempatan ini boleh di baca semoga mendapat apa tujuan hidup.

Bumi (sementara) -> Alam kubur -> Alam Akhirat -> Neraka atau Syurga

Surat Al-an’aam
Ayat 6

Tidakkah mereka ketahui berapa banyaknya umat yang telah kami binasakan sebelum mereka.
Kami senangkan mereka di bumi dengan kesenangan yang belum pernah kami berikan kepadamu
dan kami turunkan hujan yang lebat atas mereka dan kami ada sungai yang mengalir di bawah mereka,
kemudian kami binasakan mereka, kerana dosa mereka sendiri, dan kami jadikan mereka umat yang lain.

-Manusia dijadikan Allah supaya mereka hidup.

-Nikmat kesenangan di muka bumi adalah sedikit berbanding di syurga.

-Sungai di bumi hanyalah satu ciptaan di mana dalam syurga ada juga ciptaan seperti sungai.

Di syurga ibaratnya lebih lama dari bumi. Sebab dalam hadis ada menyebut ada satu pokok
yang boleh dilalui dengan menunggang kuda selama 100 tahun untuk melepasinya.
Maka berapa lama dalam bumi hanya sebentar berbanding syurga.

Jika dibumi ada pokok sebesar itu maka ia mungkin hidup beratus tahun.
Akhir zaman dengan kemajuan manusia akan mencapainya seperti diceritakan oleh
hadis nabi.

Oleh itu, segala yang berlaku sekarang hanya kemajuan dalam bidang manusia.
Tetapi manusia tetap akur bahawa dunia ini hanya ciptaan Allah SWT.

Lihat sahaja agama terbesar juga terdiri dari tuhan Allah SWT. Namanya tetap sama
diberitakan kepada umat nabi-nabi terdahulu.

———————–
Ayat 7

Kalau kami turunkan pada engkau kitab dikertas, sehingga mereka pegang dengan tangan mereka sendiri,
niscaya orang-orang kafir berkata:Ini tidak lain, hanya sihir yang terang.

Ayat 8
Mereka berkata:Mengapakah tidak diturunkan bersamanya(Muhammad) seorang malaikat?
Kalau kami turunkan seorang malaikat, niscaya dibacakanlah mereka itu dan tiadalah mereka
diberi tempoh.
———————–

Allah sudah wujud dan kewujudan Allah tidaklah menghendaki kepada makhluk.
Makhluk diciptakan berlainan dari Allah. Di mana tiada satu makhluk yang sama dengan Allah SWT.

Tiada satu makhluk yang boleh menjadi tuhan kerana makhluk tidak mempengaruhi Allah SWT.
Oleh itu, manusia bersifat khalifah sahaja. Tidak pula menjadi tuhan.

Akhirnya semua ciptaan akan hancur binasa sehingga hari akhirat. Di mana semua manusia
dibangkitkan kembali.