Archive for June, 2009

U mobile 3g mobile coverage

Thursday, June 18th, 2009

Sekarang MiTV sudah membuka syarikat telefon.

U mobile

Coverage untuk 3g hanya dibandar besar.

Sementara telefon coverage lebih besar di banyak tempat di semenanjung sabah dan sarawak.

umobile_coverage

Diana Danielle Danny Beeson melanjutkan pengajian

Thursday, June 18th, 2009

diana_ulat

Gambar Diana Danielle bersama buku untuk belajar…

Diana Danielle yang bakal menginjak usia 18 tahun pada November nanti sudah pun menamatkan sesi latihan PLKN sejak 8 Jun lalu.

Ketika ditemui minggu lalu sebelum berangkat ke Jakarta selama empat hari kerana harus menyelesaikan beberapa urusan di sana, gadis comel tinggi lampai itu tidak dapat menyembunyikan perasaannya saat ini yang cukup merindui kembali suasana di PLKN.

Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang ditimba sepanjang berada di sana, malah akuinya, dia kini kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan mendatang.

Menurut Danielle yang bakal menjalani sebuah penggambaran telefilem Aidilfitri arahan Erma Fatima pada bulan ini, dia sudah mula boleh berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan ibunya, Norsiah Ramli. Secara jujur, katanya, PLKN banyak mendidiknya menjadi lebih berdisiplin selain meningkatkan motivasi serta jati diri.

Pelakon yang pernah dikenali dengan drama Air Mata Maria itu akan melanjutkan pengajian di Universiti Nottingham cawangan Semenyih dan katanya, dia akan mendaftar masuk mulai 9 Julai depan.

Pemilik bernama penuh Diana Danielle Danny Beeson itu mengambil pengajian asas jurusan biosains selama setahun sebelum melanjutkan ia ke peringkat ijazah berbaki tiga tahun lagi.

Tawaran pengajian ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan yang dirasainya selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mencatat 2A masing-masing untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris manakala 5B untuk subjek Sejarah, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Biologi.

# Pernah mengundang sensasi dan kontroversi apabila hubungan cinta dengan Syamsul Yusof iaitu anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam putus di tengah jalan November tahun lalu.

# Dua artis yang ditempatkan di kem yang sama iaitu juara One In A Million (OIAM), Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Yee, 20, dan finalis OIAM, Muhammad Alif Mohd. Satar, 20, atau Alif turut menamatkan latihan mereka seperti Danielle.

# Pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular yang turut menyenaraikan Abby Abadi, Dynas, Fasha Sandha dan Rita Rudaini menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008.

# Ketika mengikuti PLKN berat badannya bertambah lima kilogram daripada 55 kg menjadi 62 kg. Kata Danielle, makanan yang disediakan di situ enak belaka. Malah, ketika di situ, dia turut memotong rambutnya sendiri melepasi paras bahu.

Bangkai pesawat yang dipercayai letupan bom dan makhluk asing

Tuesday, June 16th, 2009

Pesawat yang terhempas menjadi tanda tanya. Tetapi ada yang mengatakan cahaya putih berada di udara. Ia adalah letupan bom. Ada pihak yang menganggap ia angkara pengganas dan makhluk asing.

Kawasan segitiga bermuda seringkali berlaku kehilangan pesawat dan kapal secara misteri.

Syarikat penerbangan itu mengesahkan ia menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali yang mengatakan ada bom di dalam pesawat itu sejurus sebelum meninggalkan Buenos Aires 27 Mei lalu.

Jurucakapnya berkata pemeriksaan dibuat ke atas pesawat, tiada bom ditemui dan ia berlepas lewat setengah jam daripada masa yang dijadualkan.

Sebuah pesawat Sepanyol yang terbang di kawasan sama ketika pesawat penerbangan Rio-Paris menjunam ke Lautan Atlantik pula melaporkan beliau melihat bebola api besar, manakala menteri Brazil menafikan berlaku letupan di udara.

BRAZIL-FRANCE-AIR-ACCIDENT-FLIGHT 447

Bangkai pesawat.

Tonton Bijak Wang di TV bersama Nurin Mastura dan Azizi Ali

Saturday, June 6th, 2009

Pada pukul 7 petang hari sabtu. Rancangan bijak wang.

Bersama pengacara Nurin Mastura.

bijak_wangtv

Latar belakang:

Nurin Mastura memulakan kariernya dengan TV3 sejak Disember 1999 sebagai Wartawan Penyiaran dan Pembaca Berita Bahasa Malaysia (menerusi Buletin Utama) dan Bahasa Inggeris (dalam Nightline). Sebagai wartawan, beliau pernah mengendalikan liputan siaran lansung dari APEC 2000, Brunei Darussalam di samping dikenali sebagai wartawan isu ketenteraan dan pertahanan. Pada tahun 2001, Nurin diberi peluang mengacara Malaysia Hari Ini, rancangan bual bicara pagi yang membincangkan pelbagai topik meliputi isu politik, sosial dan kebudayaan.

Nurin berjaya memperoleh Ijazah Sarjana (Strategi dan Diplomasi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2004 dan kembali ke TV3 pada Julai 2008 sebagai penyelidik dan penulis skrip dokumentari TV3 tajaan MTDC bertajuk ‘Winners’. Nurin juga adalah satu-satunya pengacara wanita yang diberi kepercayaan mempengerusikan rancangan ‘Hujah’ pada Febuari 2009, sebuah forum terkemuka temubual politik tanahair di TV9. Selaras dengan cita-cita beliau untuk terus menimba ilmu dalam industri media, Nurin kini bertugas sebagai Penganalisa Penyelidikan dengan Research TV Network, Jabatan Penyelidikan Media Prima yang memantau prestasi kesemua program dan stesyen milik Media Prima di samping mengacarakan ‘Bijak Wang’.

Azizi ali:

bijak_wang

Latar belakang:

Penulis buku ‘Millionaires are from a Different Planet’ yang juga merupakan seorang Perunding Kewangan bertauliah.

Azizi Ali adalah perunding kewangan terkenal menerusi bukunya “Jutawan Dari Planet Jupiter!”, “Pesara Jutawan” dan “Pelita Jutawan”. Beliau sering mengendalikan bengkel pengurusan kewangan di pelbagai institusi terkemuka seperti Securities Commission, Petronas, EPF, PNB Investment Institute, Prudential Assurance, Public Mutual, Takaful Nasional, Malaysia Airlines, HLA Assurance, Am Assurance, LIAM, MIEA, FIABCI, ISM, UTM, UIA dan di beberapa negara di rantau Asia seperti Brunei, Singapura dan Thailand. Hasil penulisan beliau juga dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan seperti New Straits Times dan The Star. Azizi juga menjadi kolumnis bulanan untuk Malaysian Business, dan artikel beliau seringkali dipetik dalam majalah Personal Money dan Smart Investor. Azizi mempunyai kelayakan Chartered Financial Consultant (ChFC) dan mempunyai Sarjana MBA dari University of Bath, United Kingdom.

Pesawat Air France membawa 228 penumpang terhempas hilang

Tuesday, June 2nd, 2009

pesawat

Sebuah pesawat Air France membawa 228 penumpang dari Rio de Janeiro ke Paris, dipercayai terhempas di Lautan Atlantik semalam selepas dilanda ribut kencang dan disambar petir menyebabkan sistemnya tidak berfungsi dan memutuskan komunikasi dengan pengawal trafik udara.

Juruterbang pesawat Airbus 330-200 Flight AF 447 menghantar mesej automatik melaporkan masalah elektrikal sejurus menghadapi cuaca buruk tidak lama berlepas dari lapangan terbang Rio de Janeiro, kata ketua jurucakap Air France, Francois Brousse.

“Mungkin ada beberapa keadaan yang menyebabkan nahas,” katanya lagi. Tentera udara Brazil berkata, pesawat itu berada jauh di tengah laut apabila dilaporkan hilang.

Pesawat tentera udara Brazil melancarkan usaha mencari dan menyelamat dekat kepulauan Fernando de Noronha, kira-kira 300 kilometer ke timur laut bandar Natal yang terletak kira-kira 2,414 kilometer dari Rio de Janeiro.

Pesawat itu berlepas dari Rio de Janeiro pada jam 7 malam waktu tempatan kelmarin dan dijadual mendarat di lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle, Paris, pada 11.15 pagi, semalam.

Pesawat itu membawa 216 penumpang termasuk tujuh kanak-kanak dan seorang bayi serta 12 krew. Juruterbangnya amat berpengalaman, kata Air France.

Sumber Berita Harian

Pada tahun ini sahaja sudah banyak nahas pesawat udara:

Di petik dari BBC bahasa inggeris

Tahun 2009

20 May: An Indonesian army C-130 Hercules transport plane crashes into a village on eastern Java, killing at least 97 people.

6 April: An Indonesian army Fokker-27 crashes on landing near Bandung, West Java, killing 24 people.

25 February: A flight from Istanbul to Amsterdam crashes short of the runway at Schiphol international airport. Of the 135 people on board, nine are killed and at least 50 injured.

12 February: A passenger plane crashes into a house in Buffalo, New York, killing all 49 people on board and one person on the ground.

8 February: A passenger plane crashes into a river in the Brazilian state of Amazonas, killing 24 people, most of whom were from the same family.

15 January: A US Airways airliner on a domestic flight ditches into the Hudson River in New York. All 150 passengers, three flight attendants and two pilots were rescued in freezing weather, with no loss of life.