Diana Danielle Danny Beeson melanjutkan pengajian
Thursday, June 18th, 2009
Gambar Diana Danielle bersama buku untuk belajar…
Diana Danielle yang bakal menginjak usia 18 tahun pada November nanti sudah pun menamatkan sesi latihan PLKN sejak 8 Jun lalu.
Ketika ditemui minggu lalu sebelum berangkat ke Jakarta selama empat hari kerana harus menyelesaikan beberapa urusan di sana, gadis comel tinggi lampai itu tidak dapat menyembunyikan perasaannya saat ini yang cukup merindui kembali suasana di PLKN.
Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang ditimba sepanjang berada di sana, malah akuinya, dia kini kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan mendatang.
Menurut Danielle yang bakal menjalani sebuah penggambaran telefilem Aidilfitri arahan Erma Fatima pada bulan ini, dia sudah mula boleh berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan ibunya, Norsiah Ramli. Secara jujur, katanya, PLKN banyak mendidiknya menjadi lebih berdisiplin selain meningkatkan motivasi serta jati diri.
Pelakon yang pernah dikenali dengan drama Air Mata Maria itu akan melanjutkan pengajian di Universiti Nottingham cawangan Semenyih dan katanya, dia akan mendaftar masuk mulai 9 Julai depan.
Pemilik bernama penuh Diana Danielle Danny Beeson itu mengambil pengajian asas jurusan biosains selama setahun sebelum melanjutkan ia ke peringkat ijazah berbaki tiga tahun lagi.
Tawaran pengajian ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan yang dirasainya selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mencatat 2A masing-masing untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris manakala 5B untuk subjek Sejarah, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Biologi.
# Pernah mengundang sensasi dan kontroversi apabila hubungan cinta dengan Syamsul Yusof iaitu anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam putus di tengah jalan November tahun lalu.
# Dua artis yang ditempatkan di kem yang sama iaitu juara One In A Million (OIAM), Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Yee, 20, dan finalis OIAM, Muhammad Alif Mohd. Satar, 20, atau Alif turut menamatkan latihan mereka seperti Danielle.
# Pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular yang turut menyenaraikan Abby Abadi, Dynas, Fasha Sandha dan Rita Rudaini menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008.
# Ketika mengikuti PLKN berat badannya bertambah lima kilogram daripada 55 kg menjadi 62 kg. Kata Danielle, makanan yang disediakan di situ enak belaka. Malah, ketika di situ, dia turut memotong rambutnya sendiri melepasi paras bahu.






