Pesawat Air France membawa 228 penumpang terhempas hilang
Tuesday, June 2nd, 2009
Sebuah pesawat Air France membawa 228 penumpang dari Rio de Janeiro ke Paris, dipercayai terhempas di Lautan Atlantik semalam selepas dilanda ribut kencang dan disambar petir menyebabkan sistemnya tidak berfungsi dan memutuskan komunikasi dengan pengawal trafik udara.
Juruterbang pesawat Airbus 330-200 Flight AF 447 menghantar mesej automatik melaporkan masalah elektrikal sejurus menghadapi cuaca buruk tidak lama berlepas dari lapangan terbang Rio de Janeiro, kata ketua jurucakap Air France, Francois Brousse.
“Mungkin ada beberapa keadaan yang menyebabkan nahas,” katanya lagi. Tentera udara Brazil berkata, pesawat itu berada jauh di tengah laut apabila dilaporkan hilang.
Pesawat tentera udara Brazil melancarkan usaha mencari dan menyelamat dekat kepulauan Fernando de Noronha, kira-kira 300 kilometer ke timur laut bandar Natal yang terletak kira-kira 2,414 kilometer dari Rio de Janeiro.
Pesawat itu berlepas dari Rio de Janeiro pada jam 7 malam waktu tempatan kelmarin dan dijadual mendarat di lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle, Paris, pada 11.15 pagi, semalam.
Pesawat itu membawa 216 penumpang termasuk tujuh kanak-kanak dan seorang bayi serta 12 krew. Juruterbangnya amat berpengalaman, kata Air France.
Sumber Berita Harian
Pada tahun ini sahaja sudah banyak nahas pesawat udara:
Di petik dari BBC bahasa inggeris
Tahun 2009
20 May: An Indonesian army C-130 Hercules transport plane crashes into a village on eastern Java, killing at least 97 people.
6 April: An Indonesian army Fokker-27 crashes on landing near Bandung, West Java, killing 24 people.
25 February: A flight from Istanbul to Amsterdam crashes short of the runway at Schiphol international airport. Of the 135 people on board, nine are killed and at least 50 injured.
12 February: A passenger plane crashes into a house in Buffalo, New York, killing all 49 people on board and one person on the ground.
8 February: A passenger plane crashes into a river in the Brazilian state of Amazonas, killing 24 people, most of whom were from the same family.
15 January: A US Airways airliner on a domestic flight ditches into the Hudson River in New York. All 150 passengers, three flight attendants and two pilots were rescued in freezing weather, with no loss of life.