Archive for the ‘Story of Duriyan’ Category

Tergempar takut mati manusia adalah alam semulajadi

Monday, June 21st, 2010

Tergempar takut mati manusia adalah alam semulajadi

Gempar… gempar … gempar…

Alam semulajadi merupakan satu perumpamaan bagi manusia yang mati.

Pesan kepada orang-orang yang lalai mengingati tuhan.

Nabi telah datang membawa kitab yang mengajar manusia tentang kematian.

Apakah yang akan terjadi pada manusia?

Post yang lepas bertajuk
————————
Hidup semula selepas mati
http://duriyan.com/?p=262

————————

Manusia diibaratkan sama seperti alam semulajadi yang lain.

Manusia cuba fikirkan hidupan yang ada di muka bumi.

Hidupan tersebut mati dan manusia juga mati.

Manusia yang jahat akan mati menempuh perjalanan ke neraka kecil.

Neraka benar-benar wujud.

Sebelum manusia mati di dunia lagi sudah mula ada tanda-tanda neraka.

Neraka adalah pembalasan semulajadi dan ciptaan yang telah sedia ada.

—————

Manusia yang terselamat dari siksaan akibat dari pembalasan.

Ialah manusia yang kuat beribadat.

Manusia tersebut menuntut ilmu dengan jalan yang benar.

—————

Yan: Ini adalah ilmu yang saya berikan.

Yan: Semoga ia menjadi jalan kesedaran bagi sesiapa yang membacanya.

Yan: Tuhan mengajar manusia dengan baca dan tulisan.

—————

Wahai orang-orang yang menuju ke jalan yang benar.

Andai suatu hari kematian datang. Maka dunia ini mungkin tidak musnah.

Tetapi yang benar adalah syurga dan neraka.

Pilihlah jalan yang benar beserta orang-orang yang beriman dan percaya pada Tuhan dan Nabi-nabi.

—————

Alam semulajadi -> hidupan -> haiwan, tumbuh-tumbuhan, manusia dan sebagainya -> hidup -> mati

Manusia ibaratnya alam semulajadi. Manusia yang terkena panas akan panas. Terkena sakit akan sakit.

Manusia yang ingin mengelakkan dari terkena panas dan sakit.

Suatu hari mungkin seorang bertanya dengan orang yang alim.

Seseorang:Mengapa engkau beribadat?

Orang alim: Sebab aku ada ibadat. Aku baca ayat ibadat aku terlepas dari sedikit panas dan sakit.

Seseorang: Apakah engkau tidak takut sekiranya mati seperti semulajadi.

Orang alim: Aku ibadat dan mengikut Nabi-nabi. Diberikan kitab dan boleh aku jawab kitab yang aku baca.

Seseorang: Adakah aku boleh terlepas dari siksaan.

Orang alim: Tidak ada jalan lain yang boleh diberikan. Beribadatlah bersama-sama dan aku ajarkan ilmu supaya dibawa
ke akhirat.

Seseorang: Apakah ilmu itu?

Orang alim: Ia adalah ilmu agama. Tidakkah engkau fikirkan mengapa agama diajarkan?

Agama adalah ilmu yang mengajar manusia supaya terlepas dari azab dan siksaan kubur.

Alam kelahiran -> alam dunia -> alam barzakh -> alam-alam manusia tempuhi…

Yan: Semoga Allah S.W.T. memberi taufik dan hidayah. Petunjuk ke jalan yang benar.

Di mana tuhan berada?

Tuesday, March 23rd, 2010

Tuhan berada di atas Arasy di langit yang tinggi.

Aku sedang melihat orang-orang yang ingin ke syurga.

Andai engkau ingin ke syurga, maka pergi ke mana-mana sekalipun engkau pasti tidak akan dikecewakan.

Aku seperti ingin ke bumi tetapi aku hanya tinggal di langit.

Aku ingin engkau menjadi orang-orang yang baik.

Tetapi aku mahu engkau selamanya berada dalam keadaan yang mengetahui bahawa aku boleh engkau lihat melalui apa yang engkau sedang berada.

Aku akan bersama orang-orang yang alim.

Namaku ialah Allah S.W.T.

Jalan menuju ke Syurga - bahagian 1

Monday, March 8th, 2010

Jalan menuju ke Syurga - bahagian 1

————————-

Kepercayaan seseorang adalah berbeza-beza.
Betulkan kepercayaan baru syurga diketahui.

Percaya pada Allah SWT dan nabinya.

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT.

Dengan lafaz Allah maha pengasih dan penyayang.
————————-

Allah SWT yang menciptakan syurga.

Syurga tersebut berada di atas langit yang tinggi.

Untuk manusia pergi ke sana perlu sabar dengan ujian Allah SWT.

Manusia diuji oleh Allah SWT melalui larangan dan suruhannya.

Surah Al- Baqarah
Ayat 213
Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang

yang ingkar dengan balasan azab neraka);

………..

Cerita tentang syurga dari Al-Quran.

Surah Al- Baqarah

Ayat 25

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;

tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan

mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri

yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Ayat 35

Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan

janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.

Ayat 38
Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang

diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan

mereka pula tidak akan berdukacita”.

Ayat 82
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

Ayat 94

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): “Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh

dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-

orang yang benar”.

Ayat 111

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian

itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan

itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

Ayat 214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang

yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),

sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah

itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

………..
Jalan menuju ke Syurga - bahagian 1

oleh Yan

Yan : Semoga hari demi hari menemui makna yang Allah SWT berikan.

Yan : Perhatikan ciptaan Allah SWT dan jadilah orang-orang yang soleh dan tidak sesat.

Manusia sempurna kenapa keduniaan bukan segalanya?

Wednesday, July 1st, 2009

Apabila kita mengetahui bahawa setiap manusia perlukan kerohanian dan fizikal.

Jika manusia dalam dunia asyik kenal erti dunia wang, material dan sebagainya.

Manusia menjadi angkuh dengan kekayaan dan mengejar kekayaan semata.

Akibat buruk manusia sudah menjadi bodoh.

Wahai orang yang berilmu kenapa kota engkau mempunyai orang-orang miskin?

Pasti menjawab miskin bererti mereka belum lagi jumpa kekayaan dalam kota mereka.

Sekiranya mereka jumpa kekayaan yang diberi oleh pencipta pasti mereka menjadi

kaya. Ya minyak menjadikan mereka kaya raya.

Tetapi hakikat kota mereka tandus.

Apa Allah SWT bersifat adil?

Ya, kerana miskin mengingatkan mereka dengan tuhan lebih lagi mereka menerima ujian dan beriman dengan ibadah yang tekun.

Syurga tempat yang lebih baik dari dunia.

Saya ada pelbagai rahsia alam yang tidak boleh diceritakan di sini.

Rahsia biarlah menjadi rahsia. Ilmu adalah ilmu dan manusia sempurna dijadikan Allah SWT.

Tajuk lain adalah

“Dakwah pelbagai media menjadi pahala”

Semasa saya teringat bagaimana saya hendak membuat kebajikan sekiranya saya hanya boleh menulis?

Ya menulis di mana-mana media menjadikan saya boleh berdakwah ini lebih baik sebab manusia tidak tahu hakikat sebenar diri mereka.

Manusia jahil tanpa ilmu.

Ilmu perlu dipelajari. Allah ghaib tidak kita nampak. Tetapi kejadian yang tuhan jadikan menjadi petunjuk

pada diri kita.

Ya, aku masih di sini memberikan tintaku menulis dalam nama duriyan yang memberikan duri kepahitan akhirnya keluar dengan kemanisan.

Aku kenal erti makna dan maksud akhirnya aku akur banyak yang perlu aku terokai dan aku bukan sahaja berada dalam dunia bumi.

Tatkala aku mengetahui saintis mengebom bulan untuk melihat air.

Nasa ingin menerokai bulan malah Barrack Obama kata sampai Mars aku terus melihat astronomi lebih baik.

Kisah Nabi Daud menjadi permulaan segala tamadun manusia sampai waktu ketika aku takut jua.

Takut apa ya Duriyan?

Duriyan: Takut tiada duri lagi maka rohani ditinggalkan maka dunia membuat manusia jadi jahil.

Akhirnya tahulah aku apa erti makna Duri !

Semoga Allah SWT merahmati kalian dalam menuju tauhid.

Amin. Wallahualam.