Tonton Bijak Wang di TV bersama Nurin Mastura dan Azizi Ali
Saturday, June 6th, 2009Pada pukul 7 petang hari sabtu. Rancangan bijak wang.
Bersama pengacara Nurin Mastura.

Latar belakang:
Nurin Mastura memulakan kariernya dengan TV3 sejak Disember 1999 sebagai Wartawan Penyiaran dan Pembaca Berita Bahasa Malaysia (menerusi Buletin Utama) dan Bahasa Inggeris (dalam Nightline). Sebagai wartawan, beliau pernah mengendalikan liputan siaran lansung dari APEC 2000, Brunei Darussalam di samping dikenali sebagai wartawan isu ketenteraan dan pertahanan. Pada tahun 2001, Nurin diberi peluang mengacara Malaysia Hari Ini, rancangan bual bicara pagi yang membincangkan pelbagai topik meliputi isu politik, sosial dan kebudayaan.
Nurin berjaya memperoleh Ijazah Sarjana (Strategi dan Diplomasi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2004 dan kembali ke TV3 pada Julai 2008 sebagai penyelidik dan penulis skrip dokumentari TV3 tajaan MTDC bertajuk ‘Winners’. Nurin juga adalah satu-satunya pengacara wanita yang diberi kepercayaan mempengerusikan rancangan ‘Hujah’ pada Febuari 2009, sebuah forum terkemuka temubual politik tanahair di TV9. Selaras dengan cita-cita beliau untuk terus menimba ilmu dalam industri media, Nurin kini bertugas sebagai Penganalisa Penyelidikan dengan Research TV Network, Jabatan Penyelidikan Media Prima yang memantau prestasi kesemua program dan stesyen milik Media Prima di samping mengacarakan ‘Bijak Wang’.
Azizi ali:

Latar belakang:
Penulis buku ‘Millionaires are from a Different Planet’ yang juga merupakan seorang Perunding Kewangan bertauliah.
Azizi Ali adalah perunding kewangan terkenal menerusi bukunya “Jutawan Dari Planet Jupiter!”, “Pesara Jutawan” dan “Pelita Jutawan”. Beliau sering mengendalikan bengkel pengurusan kewangan di pelbagai institusi terkemuka seperti Securities Commission, Petronas, EPF, PNB Investment Institute, Prudential Assurance, Public Mutual, Takaful Nasional, Malaysia Airlines, HLA Assurance, Am Assurance, LIAM, MIEA, FIABCI, ISM, UTM, UIA dan di beberapa negara di rantau Asia seperti Brunei, Singapura dan Thailand. Hasil penulisan beliau juga dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan seperti New Straits Times dan The Star. Azizi juga menjadi kolumnis bulanan untuk Malaysian Business, dan artikel beliau seringkali dipetik dalam majalah Personal Money dan Smart Investor. Azizi mempunyai kelayakan Chartered Financial Consultant (ChFC) dan mempunyai Sarjana MBA dari University of Bath, United Kingdom.