Archive for the ‘Sukan’ Category

Chong Wei yang bergelar Dato

Monday, March 16th, 2009

Chong We mendapat gelaran Dato selepas menang tempat kedua dalam olimpik.

Bertemu Lin Dan tetapi mendapat tempat pertama dalam ranking dunia.

Akhirnya selepas lebih setahun menanti, pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya meleburkan badi kekalahannya kepada pemain China, Lin Dan untuk menjuarai Terbuka Switzerland, semalam.

Kemenangan 21-16, 21-16 yang diraihnya dalam tempoh 52 minit di Arena St. Jakobshalle dekat Basel, Switzerland itu mengakhiri kemarau kejayaan dalam lima pertemuan dengan Lin Dan sebelum ini.

Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia kini mempunyai rekod empat kemenangan ke atas Lin Dan daripada keseluruhan 14 pertemuan mereka.

Kali terakhir Chong Wei menewaskan pemain No. 2 dunia itu ialah di separuh akhir Siri Super Terbuka Jepun pada 15 September, 2007.